Browsing all articles in Pelancongan
Oct
29

Naik Taraf Jalan Dataran Pahlawan

Naik Taraf Jalan Dataran Pahlawan

Projek naik taraf kemudahan bersama yang sedang giat berjalan di jalan utama bersebelahan dengan Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade amatlah dinanti-nantikan dengan perubahan bahan binaan jalan yang sebelum ini mendapat pelbagai kritikan dari pengguna. Perubahan dari binaan berasaskan batu blok kepada jalan tar adalah satu kebaikan. Semoga perubahan ini akan memberi manfaat bersama. baca lagi

Oct
21

Pengalaman Menaiki Monorel Melaka

Monorel Melaka

Hari ini berjaya juga rasa menaiki Monorel Melaka. Setibanya ke lokasi sekitar jam 12.00 tengah hari dimaklumkan oleh petugas kaunter bahawa Monorel dihentikan operasinya seketika untuk kerja-kerja baikpulih. Nampaknya sekali lagi masalah berulang. Adakah Monorel ini benar-benar bersedia untuk beroperasi? Pada jam 12.40 saya dimaklumkan oleh petugas kaunter yang monorel sudah boleh mula beroperasi semula. Mungkin masalah telah berjaya diatasi.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika menaiki monorel. Sempat bersembang dengan petugas monorel yang ramah. Saya juga akan menyenaraikan kekurangan dan masalah yang harus diatasi oleh pihak pengurusan Monorel Melaka iaitu Menara Taming Sari. baca lagi

Oct
21

Monorel Melaka

Monorel Melaka

Tahniah Melaka, satu lagi produk daya tarikan pelancongan ke Melaka telah dirasmikan pembukaan dan operasinya semalam oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Taman Rempah, Melaka. Semoga dengan produk ini kadar kemasukan pelancong luar mahupun tempatan akan bertambah. Pada 20.10.2010 adalah tarikh ianya dilancarkan. Saya sempat merakamkan gambar lokasi Terminal Stesen Monorel Hang Jebat pada malamnya, namun begitu ketika saya tiba train tidak beroperasi lagi, itulah yang disampaikan kepada saya oleh staf mereka. Katanya secara rasmi akan mula beroperasi hari ini 21.10.2010 jam 10 pagi.

baca lagi

Aug
31

Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka

Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka

Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka.

Muara Sungai Melaka merupakan tapak asal yang menjadi saksi kewujudan pelabuhan Melaka di zaman Kesultanan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang menghubungkan Timur dan Barat, China dan Asia Tenggara, India dan Eropah pada abad ke-15 dan 16. Telah dicatitkan sebanyak 84 bahasa dipertuturkan di Melaka dan 4 orang Syahbandar dipertanggungjawabkan menjaga kepentingan pedagang asing. Lebih 2000 pengangkutan laut pelbagai jenis berlabuh di pelabuhan Melaka. Pedagang dari Tanah Arab, Parsi, India, China, Ryukyu, Filipina dan Siam bertumpu di pelabuhan Melaka disebabkan kedudukan semulajdinya yang strategik di kawasan sempit di Selat Melaka dan dilindungi dari taufan oleh Pulau Sumatera serta kawasan pertukaran angin monsun yang sesuai untuk kapal-kapal perdagangan. baca lagi

Jul
3

Pahlawan Walk

Pahlawan Walk

Pahlawan Walk di Bandar Melaka.

Menjadi tumpuan pengunjung setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Waktu beroperasi bermula dari jam 6 petang hingga jam 3 pagi. Kepelbagaian barangan yang dijual menarik perhatian pengunjung tempatan mahupun dari luar. Penat berjalan melihat barangan boleh singgah ke bahagian yang menjual makanan dan minuman pula untuk mengalas perut dan menghilangkan dahaga. baca lagi

Follow us on Twitter! Ikuti Kami di Twitter!
Ikuti Perkembangan Terkini

Rakan Penaja

Kategori

Komen Terkini

Laman Web Di Melaka

Fanpage FB OhMelaka