Browsing all articles in Aktiviti
Nov
1

Alaisyah – Sesi Beramah Mesra Bersama Fouziah Gous

Alaisyah - Sesi Beramah Mesra Bersama Fouziah Gous

Bertempat  di MYDIN Melaka MITC suatu Sesi Beramah Mesra Bersama Fouziah Gous yang dibawakan oleh produk Alaisyah diadakan. Pihak OhMelaka.com mendapat informasi ini terus dari twitter @FouziahGous yang menyatakan beliau akan turun ke MYDIN Melaka. Begitu mudah untuk mengetahui aktiviti artis pujaan anda sekarang, teknologi sudah ada hanya perlu digunakan sebaik mungkin sahaja. baca lagi

Oct
20

Tahniah Negeri Melaka Untuk Majlis Pengisytiharan Melaka Maju 2010

Author admin    Category Aktiviti

Melaka Maju 2010

20.10.2010 tepat jam 2010 (08.10 malam) – Melaka diisytiharkan sebagai negeri maju. Sebuah lagi pencapaian hebat untuk Negeri Melaka. Saya selaku anak negeri Melaka berbangga dengan pencapaian ini. Semoga kita terus maju. Negeri Bandar Teknologi Hijau merupakan sasaran kerajaan negeri, sama-samalah kita merealisasikannya.

Tahniah dari kami pihak OhMelaka.com

baca lagi

Oct
19

Poskad Melaka Maju 2010

Author admin    Category Aktiviti

Poskad Melaka Maju 2010

Dapatkan Poskad Melaka Maju 2010 anda sekarang. Setiap poskad melayakkan anda untuk menyertai cabutan nama bertuah. Anda hanya perlu koyakkan bahagian bawah poskad setelah mengisi maklumat yang diperlukan. Antara maklumat yang diperlukan ialah nama, nombor kad pengenalan, dan nombor telefon. Siapa tahu nasib anda baik untuk membawa pulang hadiah utama sebuah unit rumah berharga RM100,000.00.

baca lagi

Aug
10

Bazaar Ramadhan 2010

Author admin    Category Aktiviti

Sempena Ramadhan tahun ini Perbadanan Ketua Menteri Melaka telah membuka tapak berniaga untuk peniaga-peniaga Negeri Melaka. Lokasi Bazaar Ramadhan 2010 ialah di tapak Car Boot Sale – Melaka Auto City. Beroperasi dari 11 Ogos 2010 hingga 9 September 2010 dengan masa operasinya bermula jam 3.00 petang sehingga 12.00 tengah malam.

Semoga peluang menjana pendapatan bermusim ini dimanfaatkan sebaik mungkin.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

Jun
9

Kad Jemputan Majlis Perasmian Pembukaan dan Penutupan SUKMA Melaka 2010

Author admin    Category Aktiviti

Kad Jemputan Majlis Perasmian Pembukaan dan Penutupan SUKMA Melaka 2010.

Kad jemputan ini sudah mula diedarkan melalui badan-badan kerajaan mahupun NGO tertentu kepada seluruh rakyat Negeri Melaka agar dapat meramaikan lagi majlis pembukaan dan penutupan yang akan berlangsung pada 12.06.2010 dan juga 19.06.2010 baca lagi

Follow us on Twitter! Ikuti Kami di Twitter!
Ikuti Perkembangan Terkini

Rakan Penaja

Kategori

Komen Terkini

Laman Web Di Melaka

Fanpage FB OhMelaka