UNIFI Telah Sampai Di Melaka

Sumber gambar: Twitter @TMCorp
Akhirnya Melaka telah menerima kemasukan perkhidmatan UNIFI daripada TM, ini menjadikan penggunaan internet berkelajuan tinggi boleh dimiliki oleh rakyat negeri Melaka. Syarikat-syarikat swasta dan perniagaan juga kini boleh menggunakannya dan dengan ini boleh meningkatkan lagi produktiviti mereka. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak TM, Malim merupakan kawasan pertama yang mendapat liputan UNIFI ini bermula 15 Julai yang lalu.
Dengan pelancaran ini, TM kini secara rasminya telah membawa UniFi ke negeri Melaka dan warga Melaka telah mula menikmati perkhidmatan UniFi sejak 15 Julai, bermula dengan penduduk di kawasan Malim. Menjelang akhir tahun, perkhidmatan tersebut akan ditawarkan kepada lebih daripada 5,600 premis di 15 kawasan perumahan yang dihubungkan kepada ibu sawat Malim.
Pada tahun 2012, liputan akan diperluaskan ke ibu sawat Tangga Batu, dengan pelaksanaan seterusnya ke kawasan lain secara berperingkat-peringkat.
Sumber: Kenyataan Media TM.
Pakej UNIFI yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
Perkhidmatan UniFi kini ditawarkan melalui tiga pakej kediaman dan tiga pakej perniagaan. Pakej-pakej kediaman tersebut adalah VIP5 pada kadar RM149 sebulan, VIP10 pada RM199 sebulan dan VIP20 pada RM249 sebulan. Setiap pakej didatangkan dengan perkhidmatan suara, Internet Berkelajuan Tinggi dan IPTV.
Sementara itu, pakej-pakej perniagaan yang ditawarkan adalah BIZ5 pada kadar RM199 setiap bulan, BIZ10 pada kadar RM599 setiap bulan dan juga BIZ20 pada kadar RM899 setiap bulan. Setiap pakej ini didatangkan dengan pelan panggilan, Internet Berkelajuan Tinggi dan pelbagai perkhidmatan nilai tambah.
2 Comments to “UNIFI Telah Sampai Di Melaka”
Post comment
Kategori
Komen Terkini
- AL HAFITZ BIN ALI on Kerja Kosong TESCO Cheng
- ameera fatihah on Kerja Kosong TESCO Cheng
- Mohd.Fitri B. Ramli on Kerja Kosong TESCO Cheng
- Jogos Online on Kemalangan di Kota Cemerlang
- maizaitul on Kerja Kosong TESCO Cheng






wah bertuah lah penduduk melaka……
sangat2 bertuah, ini menyebabkan negeri lain jeles…hehe