Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka

Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka.
Muara Sungai Melaka merupakan tapak asal yang menjadi saksi kewujudan pelabuhan Melaka di zaman Kesultanan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang menghubungkan Timur dan Barat, China dan Asia Tenggara, India dan Eropah pada abad ke-15 dan 16. Telah dicatitkan sebanyak 84 bahasa dipertuturkan di Melaka dan 4 orang Syahbandar dipertanggungjawabkan menjaga kepentingan pedagang asing. Lebih 2000 pengangkutan laut pelbagai jenis berlabuh di pelabuhan Melaka. Pedagang dari Tanah Arab, Parsi, India, China, Ryukyu, Filipina dan Siam bertumpu di pelabuhan Melaka disebabkan kedudukan semulajdinya yang strategik di kawasan sempit di Selat Melaka dan dilindungi dari taufan oleh Pulau Sumatera serta kawasan pertukaran angin monsun yang sesuai untuk kapal-kapal perdagangan.
Muara Sungai Melaka pula sekali lagi melihat sejarah dicipta di sini dengan pembinaan sebuah Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka setinggi 13 meter. Kincir air adalah alat untuk menimba dan mengalirkan air dari anak sungai untuk kegunaan pedagang. Lazimnya kincir berbentuk roda dibina di kawasan saluran sungai atau parit yang airnya deras bagi membolehkan pengayuh itu bergerak dan memusingkan roda. Teknologi kincir air terdapat di Hama di Syria, negara China, India dan Eropah.
Pembinaan semula replika Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka ini melambangkan kehebatan Melaka dan teknologi ketika itu untuk dipertonton dengan lebih dekat kepada para pelancong. Putaran kincir air ini memperlihatkan kitaran kehidupan dan evolusi tamadun manusia akan kekal dan berulang kembali andai ilmu sentiasa dicari dan sejarah dijadikan pengajaran dan panduan.




Lokasi kincir air ini adalah di Dataran Quayside.
…………………………………………………………………….
Bagi mendapatkan info lanjut mengenai penginapan di Melaka, sila kunjungi LateStays.com.my
Post comment
Rakan Penaja
Kategori
Komen Terkini
- ameera fatihah on Kerja Kosong TESCO Cheng
- Mohd.Fitri B. Ramli on Kerja Kosong TESCO Cheng
- Jogos Online on Kemalangan di Kota Cemerlang
- maizaitul on Kerja Kosong TESCO Cheng
- mohd redzuan on Kerja Kosong TESCO Cheng





