Car Boot Sale Autocity Ayer Keroh

Satu lagi daya tarikan yang menjadikan Melaka semakin meriah dengan pelbagai aktiviti menarik, ianya adalah Car Boot Sale Autocity di Ayer Keroh. Pagi ini saya sempat melawat lokasi tersebut. Alhamdulillah walaupun cuaca agak basah tapi sudah tidak hujan lagi. Buat permulaan ini agak tidak ramai peniaga yang mengambil bahagian, mungkin kurang pendedahan dan promosi. Semoga langkah bijak segera diambil oleh pihak pengurusan agar maklumat dapat disampaikan lebih meluas, peniaga makin ramai pengunjung kian meningkat.
Lokasi yang mempunyai kemudahan parking kenderaan yang mencukupi menjadikan ianya satu lokasi yang bagus untuk peniaga dan pengunjung. Kemudahan tandas juga disediakan. Ruangan berniaga juga selesa dan luas, mampu menempatkan lebih ramai peniaga.
Kredit Gambar: Melaka.Gov.My



Produk 1 Daedah 1 Industri juga turut dijual di sini. Produk Serai Wangi Afizar SB keluaran Syarikat Afizar (M) Sdn. Bhd.

Novel dan buku-buku terpakai juga turut dijual, jangan ingat benda-benda begini tidak berharga kerana ianya punyai peminat yang tersendiri.


Pakaian juga turut dijual, memandangkan mood raya semakin tiba. Sesuai sangat dikunjungi untuk mencari keperluan raya.

Kuih raya sudah mula dijual, kalau jual waktu malam bolehlah dicuba dahulu sebelum beli, tapi jualan hanya disiang hari maka beli dan bawa pulang sahaja.



Songkok sebagai aksesori tambahan jejaka untuk dipakai bersama dengan baju melayu di hari raya mahupun untuk kegunaan solat.

Bingkai hiasan dinding juga boleh menarik pembeli, rezeki masing-masing andai jika ada pembelinya.

Mainan kanak-kanak mampu menarik perhatian pengunjung kecil, maka ibu bapa kena bersiap sedia menghadapi situasi tersebut.

3 sekawan yang sempat menegur saya dan memberi posing khas untuk dirakam, terima kasih. Semoga rezekinya ada untuk kalian.



Siapa kata car boot sale saja, lorry boot sale juga boleh turut serta janji lori anda tidak melebihi 10 tan kerana kawasan ini direkabentuk untuk menampung bebanan kenderaan kurang daripada 10 tan sahaja.

Aksesori kenderaan terpakai juga boleh buat duit, kenapa dibuang benda-benda yang lama andai ianya masih boleh digunakan lagi. Mungkin ada pembeli yang sedang mencari barangan yang anda ada, anda hanya perlu pamerkan sahaja.

Produk kesihatan juga turut dijual. Mungkin di tempat lain anda tidak jumpa tapi di sini ada.




Jus Kismis Blackcurrant juga ada dijual. Adakah ianya pesaing minuman blackcurrant lain di pasaran? Anda beli dan cuba.


Bantal pelbagai saiz, jualan barangan yang unik dan pelik mampu menarik perhatian pembeli. Carilah kelainan untuk produk yang ingin anda jual.

Arnab juga ada untuk dijual. Binatang peliharaan yang ada peminatnya tersendiri.

Anak kucing yang comel boleh dibeli untuk dijadikan binatang peliharaan anda ataupun untuk tambah koleksi kucing yang sedia anda ada.


Pasu bunga dan perkakasan hiasan laman juga ada dijual kerana permintaannya pasti ada.

Kemudahan tandas yang disediakan, masuk berbayar untuk memastikan kebersihannya terjamin. Gunakanlah kemudahan yang disediakan dengan baik.

Keluasan tapak Car Boot Sale yang mampu menampung ramai peniaga. Pastikan anda siap sedia dengan barangan jualan anda. Pergilah ke lokasi ini setiap hari Ahad bermula seawal jam 8 pagi.
1 Comment to “Car Boot Sale Autocity Ayer Keroh”
Post comment
Rakan Penaja
Kategori
Komen Terkini
- ameera fatihah on Kerja Kosong TESCO Cheng
- Mohd.Fitri B. Ramli on Kerja Kosong TESCO Cheng
- Jogos Online on Kemalangan di Kota Cemerlang
- maizaitul on Kerja Kosong TESCO Cheng
- mohd redzuan on Kerja Kosong TESCO Cheng







camne nak join ye? kena bayar brapa klu nk niaga kat citu? plse inform kt blog sy ye klu tak keberatan…