Makanan MELAKA di Yahoo.com

Yahoo! Travel memaparkan makanan dari Melaka.
Rujukan Asal: http://malaysia.travel.yahoo.com/inspirations/43-8-must-try-malaysian-dishes
Negara kita dipandang oleh negara luar melalui pelbagai cara, samaada baik mahupun buruk. Kita cuba elakkan terkenal dengan perkara buruk, lebih baik terkenal dengan perkara baik dan indah-indah sahaja. Semuanya untuk kebaikan bersama juga.
Kelebihan dari segi kepelbagaian makanan juga mampu menarik negara luar ke negara kita. Melaka mempunyai pelbagai makanan yang enak-enak. Semoga ramai pelancong akan datang ke Melaka untuk merasa keenakkan masakan kita. Kepada peniaga makanan di luar sana, anda merupakan duta pelancongan bagi negeri Melaka. Layanlah pelancong luar sebaik mungkin.
Terima kasih kepada Saudara AmanFirdaus yang memaklumkan link tersebut di twitter beliau.
Karnival Juara Rakyat Parlimen Bukit Katil

Karnival Juara Rakyat Parlimen Bukit Katil.
Berlangsung untuk dua hari dari 24 hingga 25 April 2010. Namun begitu kami hanya sempat hadir pada hari Ahad (25 April 2010) sahaja. Lokasi majlis ini di Taman Cempaka.
Beberapa program turut dijalankan, apa yang sempat kami saksikan ialah pertunjukkan tarian Shuffle, demonstrasi penggayaan rambut, Auto Show dan Motor Show.
Terdapat beberapa gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan anda, saksikanlah gambar tersebut. Semoga anda gembira dan seronok melihat koleksi gambar-gambar yang sempat dirakamkan.
Kerja Kosong TESCO Cheng

Kerja Kosong TESCO Cheng.
Peluang untuk mengubah kerjaya anda ke arah yang lebih baik, inilah peluang yang mungkin merealisasikan impian anda itu. Tidak salah mencuba, jika rezeki anda maka dapatlah perubahan yang membawa anda ke arah lebih baik bagi tahun 2010.
Semoga berjaya.
Karnival Gerakan Belia 4B Kawasan Tangga Batu dan Pelancaran Skuad Bermotor Kelab Rakan Muda Rakan Anti Dadah

Karnival Gerakan Belia 4B Kawasan Tangga Batu dan Pelancaran Skuad Bermotor Kelab Rakan Muda Rakan Anti Dadah.
Dengan Kerjasama: Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Rakan Muda Parlimen Tangga Batu, JAPERUN Pantai Kundor, Pejabat Belia & Sukan Melaka Tengah & AADK Negeri Melaka. baca lagi
Rakan Penaja
Kategori
Komen Terkini
- ameera fatihah on Kerja Kosong TESCO Cheng
- Mohd.Fitri B. Ramli on Kerja Kosong TESCO Cheng
- Jogos Online on Kemalangan di Kota Cemerlang
- maizaitul on Kerja Kosong TESCO Cheng
- mohd redzuan on Kerja Kosong TESCO Cheng





