Lokasi Santai di Marina

Lokasi bersantai yang menarik, dihidangkan dengan suasana laut yang luas terbentang. Bersebelahan dengan tapak Eye On Malaysia dan Marina. Memandangkan kawasan ini agak baru dan tiada pokok-pokok besar jadi agak terhad kawasan redup. Lokasi ini berpotensi untuk pembangunan yang mana kelilingnya nanti akan dibina hotel dan lot-lot bangunan kedai.
Beberapa gambar sempat dirakam menunjukkan panorama lokasi ini. baca lagi
Papan Tanda Usang di Kawasan Peniaga Belacan dan Cencalok

Papan tanda sepatutnya tersergam indah sebagai penunjuk arah dan pemberi maklumat. Namun begitu agak menyedihkan papan tanda di atas yang mana terlalu usang dan sudah rosak. Sudah tidak berdiri tegak, mungkin menunggu masa untuk rebah ke bumi. baca lagi
MBMB Kini Telah Hijau

Bumbung bangunan MBMB kini telah berwajah baru setelah agak lama kelihatan lusuh dengan warna asalnya biru. Kini bumbung tersebut telah diwarnakan dengan hijau. Agak pelik pemilihan warna ini namun mungkin akan menambahkan seri kerana lokasi bangunan ini dikelilingi dengan banyak pokok-pokok yang kehijauan dan landskap MBMB sendiri bercirikan taman. Adalah agak menyerlah dengan warna kehijauan ini nanti. baca lagi
Jualan Gudang Metrojaya di MITC

Jualan Gudang Metrojaya.
Lokasi: MITC.
Tarikh: 17 hingga 21 Mac 2010.
Masa Operasi: 11.00 pagi hingga 9.00 malam
Pesanan: Sekiranya anda pergi, jangan bawa beg tangan atau sebarang beg kerana ianya tidak dibenarkan dibawa masuk. Kamera juga tidak dibenarkan, disebabkan itu saya tidak dapat buat liputan kemeriahan suasana di dalam dewan MITC tersebut, alangkah ruginya dengan polisi begini.
Kebakaran di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai

Kebakaran ini bermula sekitar jam 3 petang (16 Mac 2010), ketika saya tiba di lokasi api sudah marah. Punca kebakaran tidak diketahui namun dapat dijangka ianya berpunca dari tong simpanan diesel yang terdapat di tapak tersebut. Pasukan bomba dan penyelamat tiba ke lokasi sekitar 3.20 petang. Kerja-kerja pemadaman terus dilakukan dengan jentera pertama memadam dari arah belakang kawasan kebakaran, jentera kedua bersiap-sedia dengan sumber air dari pili bomba berhampiran. Cuaca panas mungkin pencetus utama kebakaran ini. Beberapa gambar sempat dirakam di sekitar kawasan kejadian, saksikan bingkisan bergambar berikut. baca lagi
Rakan Penaja
Kategori
Komen Terkini
- ameera fatihah on Kerja Kosong TESCO Cheng
- Mohd.Fitri B. Ramli on Kerja Kosong TESCO Cheng
- Jogos Online on Kemalangan di Kota Cemerlang
- maizaitul on Kerja Kosong TESCO Cheng
- mohd redzuan on Kerja Kosong TESCO Cheng




