Browsing all articles from February, 2010
Feb
8

Senarai Kedai di AEON Jusco Bandaraya Melaka.

Author admin    Category Menarik

Jusco Bandaraya Melaka

Salam.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang senarai kedai-kedai yang menjalankan perniagaan di pusat membeli-belah AEON Bandaraya Melaka. Disebabkan saiznya yang besar, memang mengambil masa untuk mengunjungi kesemuanya. Oleh itu lebih baik menggunakan panduan senarai berikut untuk memudahkan perancangan anda. baca lagi

Feb
7

AEON Jusco Bandaraya Melaka.

AEON Jusco Bandaraya Melaka.

Salam.

Akhirnya AEON Jusco Bandaraya Melaka telah dibuka secara rasminya pada 05.02.2010 setelah gagal dibuka pada tarikh 17.12.2009 yang dirancang sebelumĀ  ini akibat kejadian letupan yang berlaku. Maklumat lanjut berkaitan letupan tersebut ada di sini.Orang Melaka menanti dengan penuh sabar, akhirnya setelah dibuka limpahan trafik ke sana cukup luar biasa. Ada yang meletakkan kenderaan di TESCO berhampiran kerana untuk ke Jusco disebabkan limpahan trafik menjadikan tempat meletak kenderaan tidak mencukupi. Pastinya ini adalah seketika, bila sudah tenang nanti pasti semuanya kembali mengikut lumrah biasa perniagaan. Beberapa keping gambar sempat dirakam ketika saya mengunjungi Jusco ini. Limpahan pengunjung luar biasa menjadikan sesi mengambil gambar tidak berapa menarik. baca lagi

Feb
5

Malam Pelancaran Program 1Malaysia.

Malam Pelancaran Program 1Malaysia.

Salam.

Program yang berlangsung malam tadi telah selamat dan berakhir dengan suatu kenangan yang cukup indah kepada seluruh rakyat Negeri Melaka yang hadir. Tidak banyak yang boleh diungkap dengan kata-kata hanya dengan paparan gambar di bawah mungkin dapat menceritakannya. Namun begitu tidak banyak gambar dapat dirakamkan kerana hadirin yang mencapai 51000 orang menyukarkan saya untuk mendapatkan gambar-gambar menarik. Kualiti gambar juga tidak berapa memuaskan, jadi di sini saya memohon kemaafan untuk kualiti yang tidak seberapa ini.

Sama-samalah kita saksikan beberapa gambar yang sempat dirakamkan. Jika terdapat tambahan gambar saya akan masukkan lagi, saya tengah menunggu gambar dari jurufoto jemputan saya malam tadi. baca lagi

Feb
4

Persiapan Pelancaran Program 1Malaysia.

Persiapan Pelancaran Program 1Malaysia.

Salam.

Sebentar tadi saya telah mengunjungi tapak di mana akan berlangsungnya majlis Pelancaran Program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Melaka. Pelbagai persiapan sedang rancak dijalankan. Semoga segala yang dirancang akan berjalan lancar dan tiada kepincangan yang akan berlaku kerana majlis ini melibatkan pemimpin tertinggi negara. Saksikan beberapa gambar yang sempat diambil di lokasi majlis pelancaran itu. baca lagi

Feb
4

Cabutan 1Malaysia.

Cabutan 1Malaysia

Salam.

Majlis Pelancaran Program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Melaka yang akan berlangsung malam ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah. Sampul surat yang berisi kad jemputan dan kad cabutan bertuah telah mula diedarkan sejak semalam lagi ke seluruh Negeri Melaka. Sesiapa yang dapat kad tersebut bolehlah mengisi butiran yang diperlukan dan masukkan keratan kad tersebut di tempat yang disediakan oleh pihak penganjur. baca lagi

Follow us on Twitter! Ikuti Kami di Twitter!
Ikuti Perkembangan Terkini

Rakan Penaja

Kategori

Komen Terkini

Laman Web Di Melaka

Fanpage FB OhMelaka